Thursday 15 January 2015


Mula sekali kami ingin memperkenalkan diri kami..Kami dari DKA1B...

KAMI IALAH :

NURUL FAIZATUL ASYIKIN BINTI RAZALI (02DKA14F2032)
SHARIFAH NURUL AFIQAH BINTI SYED ZAKARIA (02DKA14F2026)
NUR HUSNA HAZIQAH BINTI ISMADI   (02DKA14F2050)
INTAN AFIRA BINTI MOHD BACHTIAR (02DKA14F2010)
NURUL FARZANAH BINTI NOOR AZLI (02DKA14F2008)
SITI NUR NATASHAH BINTI ZAKARI (02DKA14F2028)

Kami memilih tajuk untuk e-folio kami ialah FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTAN MELAYU MELAKA. Kami harap isi yang kami sampaikan ini boleh difahami.

Wednesday 14 January 2015


PENGENALAN

Islam telah bertapak di Melaka sekitar tahun 1400 masihi pada akhir abad ke-13.Agama Islam berkembang di Melaka ketika negeri ini masih diperintah oleh Parameswara.Pada abad ke-15 Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di gugusan Kepulauan Melayu.Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi di negeri Melaka. Ajaran agama Islam telah disebarkan ke seluruh jajahan negeri Melaka. Islam itu telah datang melalui perdagangan di mana perniagaan disusuli dengan penyebaran agama Islam. Perdedahan Islam oleh golongan perdagang di sambut baik  oleh golongan pemerintah. Parameswara telah memeluk Islam telah menukarkan namanya kepada Sultan Megat Iskandar Shah. Kemudian telah berkahwin dengan Puteri Pasai yang ketika itu telah beragama Islam. Hubungan perkahwinan di antara dua kerajaan Islam ini memperluaskan lagi aktiviti penyebaran agama Islam.Melaka bertambah maju sehingga  menjadi sebuah pusat pengajian Islam. Melaka dianggap  sebagai empayar Islam Melayu yang terbesar di timur pada abad ke-15 berikutan kedaulatan pemerintahan Islam Melaka yang meluas ke beberapa bahagian Tanah Melayu dan Sumatera.

Haha..jangan jadi macam pelajar ni ya..^^v
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu.(kalau lebih dari dua faktor tu kira banyakla kan??hee..)Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut

1 Perdagangan

 Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi

Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat.Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515((atau Tomé Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis, lahir di Portugis pada tahun 1468 serta merupakan anak kepada pembantu King John II (1455-95) dari Portugis.Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.Bukunya Suma Oriental telah diterjemah dan diterbitkan pada tahun 1944 dengan tajuk Hakluyat Society, tapi bukanlah tulisan asal sebenar daripada Tome Pires selepas diterjemahkan) .

N.J Krom(atau Nicolaas Johannes Krom.Merupakan ahli Arkeologi Belanda di Indonesia)berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang  Islam.-











Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. (Bukti merupakan barang-barang seperti lada, rempah, Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. (Bukti merupakan barang-barang seperti lada, rempah,kemenyan dan terutamanya kapur barus). Kapur barus pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Asia sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.




.2Keunggulan Islam
Faktor-faktor penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu sendiri.Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara sesama Islam
tidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.)Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalangan masyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.



3Perkahwinan                                                                 
Ramai saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan gadis-gadis dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. Proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.

4Pengislaman Pemerintah
Pengislaman pemerintah merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alam Melayu. (Contohnya apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah memeluk Islam, nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan) Dalam proses pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah. Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam. Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya dan dapat menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.
                              
5Kesusasteraan
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat di Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi.Hal ini memudahkan
para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara

6Peranan Ahli Tasawuf dan Sufi
Kegiatan penyebaran Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf dan sufi merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan santun dan bertatatertib sehingga tingkah laku serta tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.Setiap perilaku mereka yang diperlihatkan kepada orang ramai telah memaparkan keindahan Islam.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan para pembesar.

7PERANG SALIB
Perang Salib telah berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.Perang salib yang pertama tercetus daripada 1096 Masihi hingga 1099 Masihi. Sementara  Perang Salib kedua telah berlaku selama tiga tahun iaitu pada tahun 1147 Masihi hingga 1149 Masihi. Perang Salib ketiga berlaku pada 1189 masihi hingga 1192 Masihi  dan Perang Salib kelima pada 1218 Masihi hingga1221 Masihi.Perang Salib jangka masa yang terpendek berlaku dalam 2tahun iaitu Perang Salib keenam pada tahun 1228 Masihi hingga 1229 Masihi.Akibat daripada Perang salib,kedua-dua belah pihak sama ada Islam mahupun Kristian telah berlumba-lumba dalam mengukuhkan  kedudukan dan menjaga kepentingan masig-masing di Timur.Para saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh dalam mengembangkan agama Islam.Para penganut Kristian turut melakukan perkara yang sama.Orang-orang kristian mempunyai matlamat untuk mengkristiankan masyarakat Timur.Tujuan matlamat mereka ialah menghapuskan agama Islam,namun, gagal kecuali di kepulauan Filipina dan Pualu Ambon.Pihak Barat mulai menggunakan kekerasan dalam mencapai tujuan mereka. Walaubagaimanapun, sejarah telah memebuktikan bahawa agama Islam telah Berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara.Faktor saingan yang berlaku di Asia Barat dan Semenanjung Ibena telah mendorong semangat  dalam penyebaran agama Islam. Keadaan  ini dianggap sebagai  satu usaha untuk menahan pengaruh agama Kristian.

Tuesday 13 January 2015

Kesimpulan

Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan sejarah di Malaysia. Titik titik ini bermulanya era perkembangan pendidikan kerana kemahsyuran Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan awal pada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti perdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang dan perkembangan agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain. 

Agama Islam tersebar luas bukan hanya di Melaka tetapi di negeri-negeri lain juga seperti Johor dan Kedah.hal ini kerana agama Islammerupakan satu agama yang senang diterima oleh pihak umum sama ada pihak atasan mahupun pihak bawahan.Kesimpulannya,saya dapat mengetahui dan mempelajari tentang faktor-faktor perkembangan Islam di zaman kesultanan Melayu Melaka.Alhamdulillah,sedikit sebanyak saya dapat mengetahuibagaiman Islam berkembang di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

RUJUKAN
  BUKU

         1)TAMADUN ISLAM,HAJI AHMAD FAUZI HJ. MOHD DAN AHMAD TARMIZI TALIB,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,1997

2)10 TOKOH SARJANA ISLAM PALING BERPENGARUH,MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI,MALAYSIA,MELAYU,PTS PUBLICATION & DISTRIBUTOR SDN.BHD,19 DECEMBER 2009


 INTERNET



 2) http://zunnulmisr.blogspot.com/2011/03/islam-di-melaka-sejarah-awal-kedatangan.html
 
3)http://www.academia.edu/5439990/FAKTOR-FAKTOR_PERKEMBANGAN_ISLAM_DI_NUSANTARA

Wednesday 7 January 2015

TENTANG KAMI


02DKA14F2032
NURUL FAIZATUL ASYIKIN BINTI RAZALI
Pelajar kejuruteraan awam.Berharap dapat membantu dalam menambahbaik kehidupan ibubapa.Bulan kelahiran adalah Oktober.

02DKA14F2026
SHARIFAH NURUL AFIQA BINTI SYED ZAKARIA
Pelajar kejuruteraan awam.Bercita-cita menjadi architek,inshaAllah.Berbasikal dan bersiar-siar sebagai hobi.

02DKA14F2050
NUR HUSNA HAZIQAH BINTI ISMADI
Pelajar kejuruteraan awam.Suka akan semua jenis masakan ibubapa.Suka bersiar-siar mengikut mood.

02DKA14F2028
SITI NUR NATASHAH BINTI ZAKARI
Pelajar kejuruteraan awam.Seorang yang tabah.Seorang yang aktif

02DKA14F2008
NURUL FARZANAH BINTI NOOR AZLI
Pelajar kejuruteraan awam.Bulan kelahiran adalah Januari.Suka akan warna merah.

02DKA14F2010
INTAN AFIRA BINTI MOHD BACHTIAR
Pelajar kejuruteraan awam.Seorang yang penyabar.Minat akan warna merah.