FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu.(kalau lebih dari dua faktor tu kira banyakla kan??hee..)Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut
1 Perdagangan
Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi
Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat.Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515((atau Tomé Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis, lahir di Portugis pada tahun 1468 serta merupakan anak kepada pembantu King John II (1455-95) dari Portugis.Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.Bukunya Suma Oriental telah diterjemah dan diterbitkan pada tahun 1944 dengan tajuk Hakluyat Society, tapi bukanlah tulisan asal sebenar daripada Tome Pires selepas diterjemahkan) .
N.J Krom(atau Nicolaas Johannes Krom.Merupakan ahli Arkeologi Belanda di Indonesia)berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau
menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses
penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau
juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh
pedagang-pedagang Islam.->
Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. (Bukti merupakan barang-barang seperti lada, rempah, Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. (Bukti merupakan barang-barang seperti lada, rempah,kemenyan dan terutamanya kapur barus). Kapur barus pernah dianggap sebagai punca yang membawa orang-orang Arab ke Asia sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki oleh orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di Perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjadi pedagang, saudagar-saudagar tersebut menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
.2Keunggulan
Islam
Faktor-faktor
penyebaran Islam di alam Melayu juga datang daripada keunggulan Islam itu
sendiri.Antaranya ialah kesederhanaan, kesucian, dan keluhuran agama Islam
yang bertunjangkan kepada ketuhanan yang tunggal dan persamaan taraf antara
sesama Islamtidak sebagaimana agama Hindu yang dianuti oleh penganut-penganut Melayu sebelum itu yang bertuhankan kepada berhala dan dewa disamping mangamalkan sistem kasta.)Ahli-ahli sosiologi moden menjelaskan bahawa sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan ini terutama sekali di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta. Kelas-kelas bawahan dalam masyarakat menyedari bahawa kedudukan mereka tidak ada nilai dalam sistem masyarakat lama. Memeluk agama Islam adalah satu cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari belenggu kasta. Islam dengan ajarannya yang mementingkan persamaan taraf sesama manusia telah menjadi faktor yang utama dalam penukaran agama.Sesungguhnya sistem-sistem kasta diikuti sebagaimana yang diamalkan di India, tetapi tidaklah benar sama sekali jika dianggap bahawa tidak ada perbezaan taraf dikalangan masyarakat orang beragama Hindu digugusan kepulauan melayu pada masa itu.
3Perkahwinan
Ramai saudagar yang
datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan
kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk
dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan gadis-gadis
dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara
terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.Perkahwinan ini juga
sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk
menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka
seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai.
Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam.Agama Islam
juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri
raja dari negara lain. Proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah.
Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya
perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar
dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan
putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua
menjadi negeri Islam kemudiannya.
4Pengislaman
Pemerintah
Pengislaman pemerintah
merupakan salah satu faktor bagi perkembangan Islam di alam Melayu. (Contohnya apabila raja Melaka Parameswara memeluk Islam ramai
pengikut-pengukut dan rakyat jelata yang masuk Islam. Apabila pemerintah
memeluk Islam, nama mereka ditukar dan digelar sebagai sultan) Dalam proses
pengislaman pemerintah saudagar-saudagar berperanan sebagai pendakwah.
Saudagar-saudagar ini bukan sahaja berdagang tetapi juga menyebarkan Islam.
Selalunya saudagar ini terdiri daripada orang-orang yang kaya dan dapat
menarik minat golongan pemerintah dengan kekayaan yang mereka miliki.
5Kesusasteraan
Kesusasteraan juga
telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia Tenggara. Dengan
kedatangan Islam, masyarakat di Melaka menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.Dengan adanya satu bahasa ini, kegiatan menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan jawi.Hal ini
memudahkan
para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara
para ulamak dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat menguasai tulisan jawi.Dizaman keagungan Melaka dan Acheh, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam system pendidikan mereka. Pelbagai bentuk sastera Arab seperti syair dan gurindam talah mempengaruhi Bahasa Melayu. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui Bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang melayu terhadap ajaran Islam. Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar dan tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli ataupun terjemahan dan saduran. Sebahagian besar daripada karya tersebut seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya begitu diminati oleh orang-orang Melayu. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacannya kepada ajaran Islam itu sendiri. Bidang kesusasteraan Islam begitu pesat berkembang di Acheh sehingga melahirkan ramai tokoh satera seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang berhasil mengarang pelbagai jenis kitab agama. Kitab-kitab ini kemudiannya disebarkan keseluruh jajahan takluk dan hal ini sudah tentu membantu penyebaran Islam ke Alam Melayu atau Nusantara
6Peranan
Ahli Tasawuf dan Sufi
Kegiatan penyebaran
Isalm dikebangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf dan sufi
merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah
menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian
bersih, bersopan santun dan bertatatertib sehingga tingkah laku serta tutur
kata mereka mempersonakan orang ramai.Setiap perilaku mereka yang diperlihatkan
kepada orang ramai telah memaparkan keindahan Islam.Di zaman Melaka, golongan
ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam
tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan para pembesar.
7PERANG
SALIB
Perang Salib telah
berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.Perang salib yang pertama tercetus
daripada 1096 Masihi hingga 1099 Masihi. Sementara Perang Salib kedua telah berlaku selama tiga
tahun iaitu pada tahun 1147 Masihi hingga 1149 Masihi. Perang Salib ketiga
berlaku pada 1189 masihi hingga 1192 Masihi
dan Perang Salib kelima pada 1218 Masihi hingga1221 Masihi.Perang Salib
jangka masa yang terpendek berlaku dalam 2tahun iaitu Perang Salib keenam pada
tahun 1228 Masihi hingga 1229 Masihi.Akibat daripada Perang salib,kedua-dua
belah pihak sama ada Islam mahupun Kristian telah berlumba-lumba dalam
mengukuhkan kedudukan dan menjaga
kepentingan masig-masing di Timur.Para saudagar Islam telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh dalam mengembangkan agama
Islam.Para penganut Kristian turut melakukan perkara yang sama.Orang-orang
kristian mempunyai matlamat untuk mengkristiankan masyarakat Timur.Tujuan
matlamat mereka ialah menghapuskan agama Islam,namun, gagal kecuali di
kepulauan Filipina dan Pualu Ambon.Pihak Barat mulai menggunakan kekerasan
dalam mencapai tujuan mereka. Walaubagaimanapun, sejarah telah memebuktikan
bahawa agama Islam telah Berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara.Faktor
saingan yang berlaku di Asia Barat dan Semenanjung Ibena telah mendorong
semangat dalam penyebaran agama Islam.
Keadaan ini dianggap sebagai satu usaha untuk menahan pengaruh agama
Kristian.
No comments:
Post a Comment